Wednesday 5 October 2011

Pendahuluan

Gajah merupakan haiwan daratan yang terbesar di dunia. Kehadiran haiwan ini dipercayai telah wujud sejak sekian lama di muka bumi ini. Dipercayai, spesies gajah ini telah mula berkembang jutaan tahun dahulu iaitu semenjak zaman Oligocene di Afrika sehinggalah kini, ia boleh didapati di beberapa tempat di dunia.Terdapat antara 500 ke 600 spesies gajah yang wujud dalam tempoh 55 juta tahun ini. Namun, disebabkan oleh desakan kekurangan habitat, iklim yang tidak bersesuaian dan pemburuan, kini, hanya 2  spesies gajah sahaja yang masih dapat bertahan dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Spesis yang masih dapat bertahan ini terdiri daripada Gajah Afrika dan Gajah Asia. Kedua-dua spesies  ini dipercayai merupakan  hasil evolusi haiwan yang dikenali sebagai  Stegodon yang hidup di rantau Asia dan Afrika pada 15 juta tahun yang lalu dan mereka tergolong daripada keluarga yang sama dan telah berpecah semenjak 2 juta tahun lalu. Terdapat beberapa perbezaan yang nyata dari segi bentuk fizikal bagi kedua-dua spesies gajah ini serta beberapa perbezaan dari segi saiz, berat, pemakanan dan habitat. 

Kedua-dua spesies gajah ini tergolong dalam phylum, class, order dan family yang sama tetapi spesies dan genusnya berbeza. Phylum bagi haiwan ini ialah Chordata dan ia terdiri daripada kelas mamalia. Order bagi gajah ialah Proboscidae dan mereka termasuk dalam keluarga elephantidae. Bagi gajah Afrika, spesies dan genusnya ialah  Loxodonta africana manakala bagi gajah Asia pula, spesies dan genusnya ialah Elephas maximus.

No comments:

Post a Comment