Wednesday 5 October 2011

Gajah Afrika (Loxodonta Africana)



Suatu masa dahulu kumpulan Gajah Afrika ini pernah berada di keseluruhan benua Afrika dan di bahagian selatan Sahara. Namun kini Gajah Afrika hanya boleh didapati di satu per tiga daripada kawasan-kawasan tersebut. Kebiasaannya, orang beranggapan bahawa gajah Afrika  mempunyai  habitat  di  kawasan savannah. Tetapi, tidak ramai yang tahu, terdapat juga gajah Afrika yang mendiami kawasan hutan dan rimba. Berdasarkan habitat dan beberapa ciri lain, kita dapat mengelaskan gajah Afrika kepada 2 lagi subspesies iaitu  Loxodonta Africana Africana dan  Loxodonta Africana Cyclotis.  Loxodonta Africana Cyclotis atau dikenali dengan nama gajah Afrika rimba, merupakan subspesies kepada gajah Afrika yang mempunyai habitat di kawasan rimba manakala  Loxodonta Africana Africana atau lebih dikenali dengan nama gajah Afrika savannah pula mendiami kawasan savanna. Terdapat perbezaan saiz di antara kedua-dua gajah ini iaitu gajah Afrika rimba mempunyai saiz yang lebih  besar berbanding gajah Afrika savanna.Purata ketinggian bagi gajah Afrika ini ialah di antara 6 hingga 7 meter manakala berat purata bagi seekor gajah Afrika pula di antara 6 ke 7 tan.  Gajah Afrika, Loxondonto Africana.







Berdasarkan kajian yang dilakukan, secara amnya, gajah Afrika ini kurang bijak berbanding gajah Asia. Ia sukar dilatih dan gajah Afrika juga bersifat lebih liar berbanding gajah Asia. Sifat-sifat ini mungkin dipengaruhi oleh factor persekitaran di mana kehidupan gajah Afrika lebih terdedah kepada ancaman bahaya terutama haiwan-haiwan pemangsa yang banyak terdapat di savanna seperti singa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment