Wednesday 5 October 2011

Gajah Asia (Elephas maximus)



Gajah Asia di katakan pernah berada di barat iaitu di Sungai Tigris dan Euphrates menghala bahagian Asia, di utara iaitu di Sungai Yangtze menghala ke selatan Himalaya dan Indochina, Semenanjung Malaysia, Sri Lanka, Sumaterasuatu masa dahulu. Bermula dari abad ke-19, haiwan darat yang terbesar iaitu Gajah Asia ini hanya mudah ditemui di benua India, Sri Lanka, Sumatera, dan Pulau Jawa. Namun, kini, gajah Asia hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Asia dan populasinya semakin menurun dari semasa ke semasa dan ini amat membimbangkan. Boleh dikatakan kesemua hidupan ini  mendiami kawasan hutan dan rimba, bersesuaian dengan faktor iklim dan geologi di Asia.




Walaupun tidak terdapat perbezaan dari segi habitat dan fizikal  yang ketara, gajah Asia turut dikelaskan kepada 3 subspesies lagi iaitu Elephas maximus maximus atau lebih dikenali dengan nama gajah Sri Lanka,  Elephas maximus indicus atau gajah India dan  Elephas maximus sumantrensis atau gajah Sumatra. Di antara ketiga-tiga subspesies ini, gajah Sri Lanka merupakan subspesies yang terbesar di antara subspesis-subspesis yang lain. Gajah Sumatra pula merupakan subspesies gajah yang terkecil manakala gajah India pula merupakan subspesies yang paling banyak bilangannya. Secara purata, berat gajah Asia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 tan dan purata ketinggiannya ialah di antara 3 dan 4 meter.


Di Malaysia, gajah merupakan haiwan yang tidak asing lagi kepada masyarakat setempat. Ini kerana, manusia dan gajah telah saling bekerjasama semenjak zaman dahulu kala. Ini terbukti melalui sejarah Hang Tuah hasil penulisan Tun Sri Lanang di mana terdapat cerita di mana terdapat gajah perang anak raja Terengganu yang bernama Syah Kertas yang telah dibawa ke medan perang untuk menawan Kerajaan Melaka . Selain itu, gajah turut dikaitkan dengan upacara keagamaan di negara-negara Asia yang lain seperti di India, di mana gajah telah ditonjolkan di dalam bendera dan disembah sebagai dewa  Ganesh manakala lain pula halnya di Thailand, gajah putih telah  dipuja dan dianggap sebagai  pemberi tuah. Pada masakini, kebanyakan gajah telah digunakan untuk menarik kayu  balak di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan  negara-negara di Asia telah mula mengharamkan aktiviti penarikan balak menggunakan gajah ini.

No comments:

Post a Comment